2. Bentukkan kening dengan menggunakan golden-brow pencil dan seterusnya kemaskan dengan clear brow gel. (Nota: Stail kening di era 50-an lebih tebal berbanding era 40-an dan mempunyai lengkungan membulat yang lebih dramatik).
3. Lekat separuh bulu mata palsu di bahagian tepi bulu mata untuk fluttery eyed look.
4. Kemudian letakkan bulu mata dengan lapisan maskara hitam pada setiap helaian bulu mata.
5. Sapukan penyamar noda pada bahagian bawah mata, kemudian rata-ratakan bedak asas cair pada keseluruhan bahagian muka kamu dengan menggunakan span.
![]() |
| Bibir yang menawan... |
6. Bentukkan bibir dengan light flesh lip pencil pada garisan bibir. Kemudian sapu coral red creme lip color dan kemudian dilapisi gincu lut sinar pada bahagian atas dan bawah bibir.
7. Dengan menggunakan span bulat, pedap bedak debu jarang (loose transclucent powder) pada seluruh bahagian wajah. Ratakan bedak di bawah mata, bawah tengah hidung dan dagu sebagai soft highlight.
8. Sapu off-white shimmer powder eye-shadow dengan menggunakan berus sederhana pada kelopok mata. Gunakan pembayang sama pada tulang kering untuk kesan highlight.
9. Gunakan shadow brush saiz sederhana untuk sapuan basic brown powder eyeshadow pada kelopok mata. Rata-ratakan untuk memperolehi kesan kontur pada bahagian bawah.
10. Lakar halus garisan hitam pada garisan bulu mata kamu.
Selamat Mencuba!!!
Sumber: Majalah InTrend, Ogos 2009

No comments:
Post a Comment